Diam tak diam..sedar tak sedar dah banyak nie key chain yang kawan2 bagi dan juga yang dikumpul...untuk yang memberi terima kasih daum keladi, kalau ada lagi jangan la malu2 nak beri~ yang ingat key chain ini ada dari Dubai, Belanda, Thailand, Indonesia, hat dari negeri2 dalam Malaysia pun ada! Tapi la dah kurang kumpul sebab dah minat benda lain hek hek...
Wednesday, September 26, 2012
BM kawen KK
Zaman kecik dolu2 hobi yang utama selain baca buku, kumpul setem...siap masuk kelab setem ag! sampai sekarang pun masih kumpul setem2 khas yang Pos Malaysia keluarkan, tak semena-mena baru2 ni jumpa setem ni...yang tak tahan BM & KK tu, tau la dah lama tak pi jalan2 makan2 di KK...terus hati dipagut memori daun pisang masa p sana menghabiskan cuti dan RM...sabah best bah!
2011 + 2012
Alhamdullilah setiap tahun pokok kuini ni tanpa gagal akan berbuah untuk rezeki kami merasa. Syukur!
gigih berusaha
Hanya dengan melihat gambar ini boleh merasai betapa beratnya bahu nelayan memikul tanggungjawab menyara keluarga di lautan dengan cuaca yang tidak menentu, begitu jua hasil yang bakal diperolehi...bersyukur dengan nikmatNYA...kerana sekarang dan dahulu tetap bekerja mencari sesuap nasi di dalam bangunan berhawa dingin! Syukur Padamu Ya Allah...
bila nak mula nie
Bila tengok balik gambar sawi & kucai yang ditanam awal tahun 2012...rasa nak berkebun laks! Yang malasnya nak mula balik la...langkah pertama yang paling penting...benih! takat pasu dan tanah itam berlonggok dah kat rumah...ishh tak boleh jadi nie, kena kuat tanam azam nak berkebun semula, badan pun sihat, belanja pi pasar pun jimat weii!
satu pun rezeki
Hasil dari kebun...walaaa! Walaupun tk banyak cukup la anak cucu boleh merasa setiap tahun...untuk 2012 buah kat kebun suam-suam kuku ja berbuah, mogok apa ntah! haipp...jangan kutuk @ merungut kang terus tak berbuah, melepas sudaaa...
lawa weh
Hati tingin la plak nak cat dalam rumah, okeh tak color belang2 cam gini?
Color belang2 ni jumpa masa pi lawatan ke Library UiTM Permatang Pauh bulan 5 lepas...rasa cool ja, bila pandang2 terus jatuh chenta...hak hak!
molek benar susunannya, dalam maknanya
Sempena bulan bahasa kebangsaan setiap tahun yang disambut sepanjang bulan Oktober, puyu pamerkan peribahasa melayu yang berkonsepkan padi, kebetulan melawat Muzium Padi, Alor Setar, Kedah pada 23 September yang lalu.
karas
Tersangat la suker akan kueh karas ini, berkesempatan ke Pekan Rabu Alor Setar 23 September lepas dan diberi juga kesempatan untuk melihat dari dekat cara-cara kueh karas dibuat. Maklumat lanjut dan bahan utama untuk membuat kueh ini boleh link http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuih_karas
Wednesday, June 27, 2012
Tuesday, June 26, 2012
ALLAH sebaik-baik PERANCANG
Perancangan Allah adalah lebih baik.
“Dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukurannya dengan serapi-rapinya” (Surah Al-Furqan : 2)
buah tangan@buah mulut
Untuk orang-orang kampung aq belikan nie jer~ jadilah sesuap dua untuk merasa, jauh nie mari dik siap naik kapal ag tu!
Daaa...
Pak supir gerak dari Bandung ke airport Jakarta awal pagi, kul 1 pagi! Tu pun kat highway Bandung Jakarta penuh dengan lori-lori. Sampai awal duk la layan perasaan dulu sebab kaunter bukak jam 4 pagi! Tersangap-sangap la di koridor airport, leh tahan gak manusia time pepagi buta tu duk menunggu nak check in. Mujur semua urusan berjalan dengan lancar, yang paling best trip kali nie AA pergi balik tak delay! i sukaaa.!
Muka orang ngantuk tak tidur 1 malam, n windu nak balik penang!
Ku belai manja sepenuh jiwa
Lupa plak, lepas turun dari tangkuban perabu adek-adek manis sempat singgah di satu spa yang comel, ala-ala manjer gitu~semua ambik pakej 1 jam sebab nak lena zzZZzzz...
Jejak terakhir
Memandangkan penerbangan terlalu awal pada subuh 6 Mei 2012, jam 5.30am stay jerlah kat Kampung Daun, lepaking hingga jam 12 tengah malam. Layan suasana yang amat dingin dengan mengeyangkan perut menu-menu spesel yang tiada duanya.
Tangkuban Perahu
Cerita sangkuriang masih dalam awang-awangan. Nak cerita pun mood sedang-sedang saja jadi makanya kalian bolehlah google wikipedia untuk maklumat selanjutnya, sekian terima kasih.
Ciptaan Allah pada hambanya yang mahu berfikir..subhanallah kayu batik!
Layan teh halia dan kuih tradisional masyarakat Bandung
Beli n Belah
Sambungan Bandung Mei 2012,
Seperti biasa tujuan utama ialah ke Pasar Baru..memborong telekung, kain ela yang santik-santik dan seangkatan sewaktu dengannya..kali nie aq borong la jugak secara ala kadar sebab memberi peluang kepada kawan-kawan memborong tak sakan-sakan, ada faham adek manis!
Inilah hasil tangkapan pada hari pertama di Pasar Baru! Mujur la pasar tu tutup jam 5pm, mau dia tutup 10pm, sendirik mau hingat la banyak mana leh muat dalam gambar nie! heheee
Thursday, June 14, 2012
patahnya sayap malam
Nak promote sikit hotel yang aq duk kuak lentang masa pi Bandung tempohari, ala hotel 3 bintang jer, jadiklah dik sebab 2011 duk service apartment, nah ambik ko!
Yang best hotel nie sarapan pagi terus di hantar ke bilik, terkezut aq pagi hari pertama tu dalam kul 7 dah ting tong ting tong! ingatkan sapa la yang datang. Tuan hotel ini juga pencinta binatang sebab dibiarkan arnab berkeliaran, dan arnab-arnab yang comel & gebu tu mai bertandang ke bilik kami pagi tu, nak sarapan bersama kut gamaknya! heheee
hajat ke2
jangan maree ek, aq nie asyik bangat berhajat jer kerja nyerr~atee udah gitu azam dalam hati, kang tak tertunai sapa lah nak tolong jawabkan, ya idak koo!
Taraa...kuca kucaa inilah tuan puteri yang aq berhajat nak jumpa masa di Bandung si pipi tembam Nadiah, insyaAllah bakal doktor u! tahun depan habis la Nady belajar di Padjadjaran Universitas Bandung Indonesia. Good luck gurl.
Tahun 2011 pi Bandung tak sempat nak makan sama so 2012 jangan lepaskan peluang makan nasi Sunda sama-sama selepas rombongan cik kiah selamat sampai Bandung dari jakarta. Nady yang pilih restoran ini, dan sangat tak menghampakan masakannya. Siap ada lauk yang tak sentuh sebab kami pilih banyak lauk dan yang utama letih sebab menempuh perjalanan yang jauh, mata duk nampak katil jer kak senah oii.!
Enak bangat ikan bakar tuh tapi dah lupa nama ikan nyer, maaf ya buk
Dah namanya rejeki!
Ada kisah napa aq nak jelmakan perihal gambar keretapi Jakarta-Bandung-Jakarta nie..alkisahnya bila aq baca blok sapa-sapa yang melalui highway Jakarta Bandung pasti akan menceritakan hal ini..maka tertanamlah dalam hati aq untuk merasai situasi yang sama..dah namanya rejeki dapatlah aq menikmati panorama tersebut, terima kasih pak supir kerana siap berhentikan mpv untuk aq snap gambar..siap ada keretapi lalu u..mahal tu kenangan nie..sepanjang perjalanan nie aq tak tidur pun sebab bila menghampiri Bandung pemandangan sangat cantik dengan rumah orang di sana dan sawah padi yang menghijau serta ada ladang teh ag..sayang ladang teh di sebelah kanan jalan dan masa hampir malam maka terpaksalah dipercepatkan perjalanan ke Bandung..cuaca jugak agak gelap..tanda hari mau ujan! Arakian, tertunailah hasrat hati sudaaa
again & again
Syukran syukran kepada Yang Maha Esa
Genap setahun Mei 2011 ke Mei 2012, terbang lagi ke Bandung
Cuma kali ini penerbangan AA dari LTAPP ke Jakarta, sompek la den merasa pijak Jakarta laks, ngee dan menikmati nasi padang Jakarta
Rombongan cik kiah kali ini hanya berlima & aq la pemandu pelancungnyer..heheee, yang berempat lagi tu kawan dari pulau mutiara gak tapi pertama kali mendarat di Bandung
Untuk kedua kalinya ini, aq cam biasa tak banyak sangat menyoping, ala kadar jer! sebab aq kalu p mana pun lebih suka cuba makanan, sebab makanan negara orang tiada di negara nan aman bertuah nih!
Jakarta yang macet, sungguh bagi juta rupiah akak tak sanggup nak tempuh jem yang menggila
Diberi kesempatan untuk menunaikan solat di Masjid Istiqlal
Masjid Istiqlal yang terletak di Jakarta, Indonesia merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini boleh menampung lebih daripada 100,000 jemaah pada satu masa. Siap pada 1961, Masjid Istiqlal menjadi monumen penting dan simbol kemerdekaan bagi masyarakat Indonesia. Kerana itulah ia dinamakan ”Istiqlal” (merdeka).
http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Istiqlal
Cengginilah highway Jakarta Bandung, jalannya ok cuma kereta lori bas dan seangkatannya penuh disepanjang jalan.
Subscribe to:
Posts (Atom)