Wednesday, September 26, 2012

kuhargai







Diam tak diam..sedar tak sedar dah banyak nie key chain yang kawan2 bagi dan juga yang dikumpul...untuk yang memberi terima kasih daum keladi, kalau ada lagi jangan la malu2 nak beri~ yang ingat key chain ini ada dari Dubai, Belanda, Thailand, Indonesia, hat dari negeri2 dalam Malaysia pun ada! Tapi la dah kurang kumpul sebab dah minat benda lain hek hek...

just think


Apa yang dirasa dilalui dialami...

BM kawen KK


Zaman kecik dolu2 hobi yang utama selain baca buku, kumpul setem...siap masuk kelab setem ag! sampai sekarang pun masih kumpul setem2 khas yang Pos Malaysia keluarkan, tak semena-mena baru2 ni jumpa setem ni...yang tak tahan BM & KK tu, tau la dah lama tak pi jalan2 makan2 di KK...terus hati dipagut memori daun pisang masa p sana menghabiskan cuti dan RM...sabah best bah!

2011 + 2012

2011

2012

Alhamdullilah setiap tahun pokok kuini ni tanpa gagal akan berbuah untuk rezeki kami merasa. Syukur!

tomeynyer



Terbekenan kat kasut yang kuit miut nie masa p pasar malam, rupanya pengasah pencil...beli jerlah~

gigih berusaha

Hanya dengan melihat gambar ini boleh merasai betapa beratnya bahu nelayan memikul tanggungjawab menyara keluarga di lautan dengan cuaca yang tidak menentu, begitu jua hasil yang bakal diperolehi...bersyukur dengan nikmatNYA...kerana sekarang dan dahulu tetap bekerja mencari sesuap nasi di dalam bangunan berhawa dingin! Syukur Padamu Ya Allah...

bila nak mula nie

Bila tengok balik gambar sawi & kucai yang ditanam awal tahun 2012...rasa nak berkebun laks! Yang malasnya nak mula balik la...langkah pertama yang paling penting...benih! takat pasu dan tanah itam berlonggok dah kat rumah...ishh tak boleh jadi nie, kena kuat tanam azam nak berkebun semula, badan pun sihat, belanja pi pasar pun jimat weii!


satu pun rezeki




Hasil dari kebun...walaaa! Walaupun tk banyak cukup la anak cucu boleh merasa setiap tahun...untuk 2012 buah kat kebun suam-suam kuku ja berbuah, mogok apa ntah! haipp...jangan kutuk @ merungut kang terus tak berbuah, melepas sudaaa...

lawa weh

Hati tingin la plak nak cat dalam rumah, okeh tak color belang2 cam gini?
Color belang2 ni jumpa masa pi lawatan ke Library UiTM Permatang Pauh bulan 5 lepas...rasa cool ja, bila pandang2 terus jatuh chenta...hak hak!

molek benar susunannya, dalam maknanya


Sempena bulan bahasa kebangsaan setiap tahun yang disambut sepanjang bulan Oktober, puyu pamerkan peribahasa melayu yang berkonsepkan padi, kebetulan melawat Muzium Padi, Alor Setar, Kedah pada 23 September yang lalu.

karas

Tersangat la suker akan kueh karas ini, berkesempatan ke Pekan Rabu Alor Setar 23 September lepas dan diberi juga kesempatan untuk melihat dari dekat cara-cara kueh karas dibuat. Maklumat lanjut dan bahan utama untuk membuat kueh ini boleh link http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuih_karas

terperuk 3 purnama

Menghampiri 3 purnama...kini puyu kembali~