Tuesday, July 19, 2011

hangin

sejak dua menjak nie tau hangin ja entah apa yg menyerang sian pd hamba2 allah yg tidak bersalah
kan bagus kalu boleh berangin cam nie,hidup ceria

serabuT

mcm2 nak kena settle sblm p langkawi 25hb nie, kali nie betui2 serabut dibuatnyer, mn 1 ek?

Tuesday, July 12, 2011

Duit yg kita perolehi ketika d dunia

Alhamdulilah di atas rezeki yang Allah berikan, kita menggunakan sebahagiannya untuk membeli keperluan hidup di dunia seperti lauk pauk, rumah, kenderaan, pakaian dan buku.
Sebahagian lagi duit kita gunakan bagi membeli pahala bagi memastikan kehidupan kita yang kekal abadi di Akhirat sempurna dengan keperluan hidup di sana. Pahala adalah limpahan 'matawang' yang hanya perlu bekerja sekali sahaja bagi mendapatkannya tetapi dapat menikmatinya sehingga selama-lamanya, kerana akhirat tiada penghujungnya. Allah memberi kita nikmat untuk terus menikmati kehidupan seperti mana Allah yang kekal Tuhan dan tidak ada penghujung bagiNYa.
Bukannya seperti Ayam, dan haiwan lain, yang hanya hidup sementara di bumi ini, begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan yang ada di dalam dunia.
Alhamdulilah, kita meneruskan kehidupan yang penuh kesederhanaan dengan membiayai ataupun membeli barangan keperluan dan mengagihkan duit lain itu bagi menambahkan peluang kita menikmati hidup yang terlebih seronok di saat kita bertemu dengan Allah nanti.
Setiap hari kita melihat keindahan, sama ada pada rupa manusia, ataupun keindahan semulajadi seperti pokok, bunga, ataupun keindahan bangunan-bangunan, komputer yang terlebih canggih, handphone, sofa, rumah banglo yang seperti hidup di dunia khayalan. Jika semua ini hasil dari ciptaan Allah, sudah pasti yang Pencipta itu lebih cantik dari apa yang diciptakannya. Kenikmatan bermain salji, kesejukan di tanah tinggi, kecantikan air laut dan pemandangan. Semua ini hanya 1/99 dari kenikmatan yang Allah berikan kepada penduduk dunia sejak dari Nabi Adam sehingga ke hari Kiamat. 98/99 lagi menanti para penghuni syurga.
Inilah ganjaran kepada kita yang terus menerus mengekalkan kita dengan pinjaman ataupun pembiayaan Islamik sahaja, semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Allah sedang memerhati kita dan sedang merahmati kita di atas tindakan kita yang sentiasa berdoa dan berusaha untuk kekal melakukan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dengan menyokong produk-produk masyarakat Muslim.
Kepada sepupu kita yang sudah terlebih dahulu pulang ke Rahmatullah, mereka menyaksikan bahawa segala kata-kata Allah dalam AlQuran itu benar-benar dikotakan oleh Allah.
Kata Saidina Ali kepada dunia "Wahai dunia, engkau boleh tipu orang lain, tetapi engkau tidak boleh tipu aku"
Kata Nabi "Nilai dunia dan seisinya samalah dengan seekor bangkai anak kambing yang cacat yang dibuang oleh tuannya."
Teruskan usaha kita bagi 'membeli pahala' untuk kehidupan yang kekal bahagia dan abadi di negeri yang Abadi, dengan rahmat Allah.

Hadith

 

Dikhabarkan daripada Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:Sesiapa mendapatkan solat di dalam waktunya satu rakaat bererti dia telah mendapatkannya seluruhnya.

Persiapan Puasa & Raya 2011

Memperuntukkan bajet apabila mengikut kehendak akan menjurus pada masalah bajet yang tidak cukup dan jatuh pada tahap membazir. Umum mengetahui tuntutan berbuka puasa adalah ibadah dan jika kena caranya pahala yang diberi lebih berlipat ganda.

Pakar kewangan, Shamsuddin Kadir menyedari sikap boros masyarakat semasa berbelanja buka puasa. Beliau mengariskan beberapa saranan, seperti menyediakan senarai makanan semasa lepas berbuka ataupun terawih. Membeli juadah semasa dekat waktu berbuka, membawa duit yang diperuntukkan sahaja, contoh RM10. Serta membeli satu juadah bagi satu hari dan menukar menu setiap hari.

Jika kita berbelanja, pasti kewangan semasa bulan puasa dapat diperuntukkan untuk sambutan raya. Namun jangan pula bajet raya juga dibazirkan pada benda yang tidak diperlukan.

dan Akhirnya,

dan tertunai sudah kali ke2 menyiapkan puyuromantis
dan akhirnya berpinggan2 mkn,

Sunday, July 10, 2011

sekadar memandanG

Alhamdullilah syukur syukur kembali mencoretkan sesuatu di sini setelah sekian lama sepikan diri sibukkan diri jauhkan diri jauh berkelana ke negeri 9 menuntut ilmu dan ternyata betul sangkaan sebelum ini jika syg tinggal2kan hakikat sebenarnya tlalu sygkan PYR