Thursday, January 17, 2013

Up date entry~ Dis.2012

Tiada yang lain lagi selain kerja kerja kerja.
Walau orang cakap Disember bulan hujung tahun untuk bercuti tapi tidak pada aq kerana masa2 beginilah segala bagai kerja bertimbun atas meja.
As a kuli, nak tunggu apa lagik, kur kur...kerja kerja haha! (ingat anak ayam ker)
Merungut banyak kerja pun tak guna sebab nak tak nak pun ko mesti buat itu kerja so bertabahlah demi kerja ( ayat skema)



Up date entry~ Nov.2012

Ingatkan dia ajak2 ayam pi Bandung! Rupanya betul2lah dia ajak pi...hehe, maka jadilah kepergian aq ke Bandung buat kali ke3 bersama sahabat lama ct rohaya.
Alhamdulilah..masih mengikuti plan yang dirancang bersama Fajar, ajen tour di Bandung.
4 hari disana dihabiskan dengan menghabiskan $$$...haha
Walaupun kepergian kali nie cuma 2 dewasa 2 kanak2 tetapi tetap happening...perjalanan pergi dan balik dari LCCT lancar dan selamat, syukur.




Wednesday, January 16, 2013

Up date entry~ Okt.2012

Untuk Oktober 2012, demi negara aq bergegas ke ibu kota cinta untuk menghadiri kursus keselamatan & pengurusan pejabat. Salute la pada penceramah yang begitu teruja mengajar team perpustakaan terutama Encik Hanafi dari Muzium Negara Malaysia.
Banyak perkara yang aq belajar dari kursus nie terutama tentang anasir-anasir yang cuba menceroboh negara, taktik2 yang mereka rancang, bila fikir balik kursus nie bagus untuk semua penjawat awam sebagai persediaan menghadapi musuh-musuh negara...eh macam askar lak!
Tuan2 penceramah pun tak lokek berkongsi pengalaman sepanjang mereka mengelola kursus ini di merata jabatan kerajaan. Jadinya aq rekemen semua la pakat2 pi kursus nie jika ditawarkan nanti. Ambillah peluang ini bagi memantapkan pengetahuan dan berkongsi pengalaman.

2013...menjelma

Syukur alhamdulillah hari ini sudah 17 hari berada dalam zon 2013...baru berkesempatan menjengah puyu! Semoga 2013 membawa seribu kerahmatan dan kesejahteraan buat semua, Insya Allah. Pada yang berazam tu...biarlah tercapai segala yang diazamkan sehingga tamat 2013 nanti, pada yang membawa azam 2012...cepat-cepatlah laksanakan azam yang tertangguh tu! Peringatan buat aq juga...kut2 ada azam tahun lepas yang masih terbengkalai!