Tuesday, June 26, 2012

ALLAH sebaik-baik PERANCANG


Perancangan Allah adalah lebih baik.
“Dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukurannya dengan serapi-rapinya” (Surah Al-Furqan : 2)

APC KPTM 2011


buah tangan@buah mulut

Untuk orang-orang kampung aq belikan nie jer~ jadilah sesuap dua untuk merasa, jauh nie mari dik siap naik kapal ag tu!

Daaa...

Pak supir gerak dari Bandung ke airport Jakarta awal pagi, kul 1 pagi! Tu pun kat highway Bandung Jakarta penuh dengan lori-lori. Sampai awal duk la layan perasaan dulu sebab kaunter bukak jam 4 pagi! Tersangap-sangap la di koridor airport, leh tahan gak manusia time pepagi buta tu duk menunggu nak check in. Mujur semua urusan berjalan dengan  lancar, yang paling best trip kali nie AA pergi balik tak delay! i sukaaa.!


Muka orang ngantuk tak tidur 1 malam, n windu nak balik penang!

Ku belai manja sepenuh jiwa

Lupa plak, lepas turun dari tangkuban perabu adek-adek manis sempat singgah di satu spa yang comel, ala-ala manjer gitu~semua ambik pakej 1 jam sebab nak lena zzZZzzz...

Jejak terakhir

Memandangkan penerbangan terlalu awal pada subuh 6 Mei 2012, jam 5.30am stay jerlah kat Kampung Daun, lepaking hingga jam 12 tengah malam. Layan suasana yang amat dingin dengan mengeyangkan perut menu-menu spesel yang tiada duanya.

Tangkuban Perahu

Cerita sangkuriang masih dalam awang-awangan. Nak cerita pun mood sedang-sedang saja jadi makanya kalian bolehlah google wikipedia untuk maklumat selanjutnya, sekian terima kasih.


Ciptaan Allah pada hambanya yang mahu berfikir..subhanallah kayu batik!


Layan teh halia dan kuih tradisional masyarakat Bandung



Beli n Belah

Sambungan Bandung Mei 2012,

Seperti biasa tujuan utama ialah ke Pasar Baru..memborong telekung, kain ela yang santik-santik dan seangkatan sewaktu dengannya..kali nie aq borong la jugak secara ala kadar sebab memberi peluang kepada kawan-kawan memborong tak sakan-sakan, ada faham adek manis!

Inilah hasil tangkapan pada hari pertama di Pasar Baru! Mujur la pasar tu tutup jam 5pm, mau dia tutup 10pm, sendirik mau hingat la banyak mana leh muat dalam gambar nie! heheee

Thursday, June 14, 2012

patahnya sayap malam

Nak promote sikit hotel yang aq duk kuak lentang masa pi Bandung tempohari, ala hotel 3 bintang jer, jadiklah dik sebab 2011 duk service apartment, nah ambik ko!
Yang best hotel nie sarapan pagi terus di hantar ke bilik, terkezut aq pagi hari pertama tu dalam kul 7 dah ting tong ting tong! ingatkan sapa la yang datang. Tuan hotel ini juga pencinta binatang sebab dibiarkan arnab berkeliaran, dan arnab-arnab yang comel & gebu tu mai bertandang ke bilik kami pagi tu, nak sarapan bersama kut gamaknya! heheee

hajat ke2

jangan maree ek, aq nie asyik bangat berhajat jer kerja nyerr~atee udah gitu azam dalam hati, kang tak tertunai sapa lah nak tolong jawabkan, ya idak koo!
Taraa...kuca kucaa inilah tuan puteri yang aq berhajat nak jumpa masa di Bandung si pipi tembam Nadiah, insyaAllah bakal doktor u! tahun depan habis la Nady belajar di Padjadjaran Universitas Bandung Indonesia. Good luck gurl.
Tahun 2011 pi Bandung tak sempat nak makan sama so 2012 jangan lepaskan peluang makan nasi Sunda sama-sama selepas rombongan cik kiah selamat sampai Bandung dari jakarta. Nady yang pilih restoran ini, dan sangat tak menghampakan masakannya. Siap ada lauk yang tak sentuh sebab kami pilih banyak lauk dan yang utama letih sebab menempuh perjalanan yang jauh, mata duk nampak katil jer kak senah oii.!
Enak bangat ikan bakar tuh tapi dah lupa nama ikan nyer, maaf ya buk

Dah namanya rejeki!


Ada kisah napa aq nak jelmakan perihal gambar keretapi Jakarta-Bandung-Jakarta nie..alkisahnya bila aq baca blok sapa-sapa yang melalui highway Jakarta Bandung pasti akan menceritakan hal ini..maka tertanamlah dalam hati aq untuk merasai situasi yang sama..dah namanya rejeki dapatlah aq menikmati panorama tersebut, terima kasih pak supir kerana siap berhentikan mpv untuk aq snap gambar..siap ada keretapi lalu u..mahal tu kenangan nie..sepanjang perjalanan nie aq tak tidur pun sebab bila menghampiri Bandung pemandangan sangat cantik dengan rumah orang di sana dan sawah padi yang menghijau serta ada ladang teh ag..sayang ladang teh di sebelah kanan jalan dan masa hampir malam maka terpaksalah dipercepatkan perjalanan ke Bandung..cuaca jugak agak gelap..tanda hari mau ujan! Arakian, tertunailah hasrat hati sudaaa

again & again

Syukran syukran kepada Yang Maha Esa
Genap setahun Mei 2011 ke Mei 2012, terbang lagi ke Bandung
Cuma kali ini penerbangan AA dari LTAPP ke Jakarta, sompek la den merasa pijak Jakarta laks, ngee dan menikmati nasi padang Jakarta
Rombongan cik kiah kali ini hanya berlima & aq la pemandu pelancungnyer..heheee, yang berempat lagi tu kawan dari pulau mutiara gak tapi pertama kali mendarat di Bandung
Untuk kedua kalinya ini, aq cam biasa tak banyak sangat menyoping, ala kadar jer! sebab aq kalu p mana pun lebih suka cuba makanan, sebab makanan negara orang tiada di negara nan aman bertuah nih!


Jakarta yang macet, sungguh bagi juta rupiah akak tak sanggup nak tempuh jem yang menggila

Diberi kesempatan untuk menunaikan solat di Masjid Istiqlal

Masjid Istiqlal yang terletak di Jakarta, Indonesia merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini boleh menampung lebih daripada 100,000 jemaah pada satu masa. Siap pada 1961, Masjid Istiqlal menjadi monumen penting dan simbol kemerdekaan bagi masyarakat Indonesia. Kerana itulah ia dinamakan ”Istiqlal” (merdeka).
http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Istiqlal


Cengginilah highway Jakarta Bandung, jalannya ok cuma kereta lori bas dan seangkatannya penuh disepanjang jalan.

Wednesday, June 13, 2012

Kembara ditanah gersang

Sesungguhnya ujian dari Allah membawa seribu makna,hanya ketabahan & mensyukuri nikmat dariNya, teman di dalam hati

Terbang mencari ilham

Dipanjangkan rasa kesyukuran pada Illahi kerana diberi kesempatan meneroka ke USM & UiTM pada pagi yang indah di bulan lima yang lalu, cewah puji lebih kut la dapat pinjam buku lebih haahaa




Misi belum berakhir~

Selesailah sudah entri mengenai jom terokai Perak, bangga sekejab sebab masa di Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim ada catatan tentang orang kampung halaman~sila baca dan fahami hokeh.

Muzium Perak

Muzium Perak merupakan institusi muzium tertua di negara ini yang diasaskan oleh Sir Hugh Low pada tahun 1883 yang menempatkan pelbagai koleksi spesimen zoologi, herbarium dan alat budaya masyarakat Melayu. Pembinaan bangunan muzium dilakukan secara berperingkat di mana fasa pertama dibina pada 1883 dan selesai pembinaannya pada 1886. Fasa seterusnya bermula pada 1889 dengan pembinaan serambi hadapan dan belakang.
Pada 1900, bahagian belakang bangunan asal telah disambung untuk Balai Pameran dan pembinaan ini siap sepenuhnya pada 1903.

Pembinaan bangunan muzium ini diusahakan oleh Residen Perak, Sir Hugh Low dan kurator pertama Muzium Perak ialah Leonard Wray Jr. Keunikan bangunan muzium yang berunsurkan senibina Moorish ini merupakan pusat penyelidikan, pengumpulan, dan pemeliharaan warisan harta kebudayaan masyarakat tempatan serta sejarah alam semulajadi.   

Muzium ini yang ditadbir oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti mempunyai tarikan utama iaitu koleksi orang asli yang lengkapdan terbaik. Selain itu, terdapat juga peralatan-peralatan peninggalan British seperti sauh kapal, tugu peringatan, kapal terbang dan lanca.  



Tahukah Anda?
Muzium Perak mempunyai koleksi haiwan-haiwan yang diawet seperti seladang, spesis-spesis burung, rusa dan sebagainya.
Merupakan muzium pertama di Malaysia dan siap sepenuhnya pada tahun 1903 untuk sedia digunakan.

Hutan Paya Laut Matang

Hutan Paya Laut Matang berkeluasan 101,877 hektar, mempunyai 198 hutan simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai dan kawasan hutan paya laut. Keindahan panorama dirian bakau yang mempunyai akar jangkang yang unik serta dirian pokok yang seragam akan membawa satu ketenangan yang tidak dapat dilupakan.
Hutan ini mempunyai pelbagai tarikan utama yang menarik seperti Hutan Simpanan Dara (Virgin Jungle Reserve), kawasan proto sejarah di Pulau Kelumpang, Hutan Pelajaran dan Penyelidikan (Eko-Pelajaran), aktiviti menangkap kerang, dapur arang kayu, perkampungan nelayan dan penternakan ikan dalam sangkar. Di samping itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti memancing, berkhemah dan membuat penyelidikan tentang hutan paya bakau.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Pejabat Hutan Daerah
Jalan Muzium Hulu, 34000, Taiping
Tel : 05 - 807 2762

Tahukah Anda?
Sistem pengurusan Hutan Paya Laut Matang telah berusia genap 100 tahun pada bulan September 2004.
Kawasan hutan pokok bakau tertua dan diiktiraf sebagai hutan bakau yang terbaik dari segi pengurusan dan pentadbiran hutan.

* Kredit 10/10 untuk hutan simpan kekal nie sebab udaranya tidak tercemar, keadaan sejuk jer dengan pokok pokok yang sangat cantik~siap ada tapak perkhemahan dan di hujungnya ada jeti.

Kompleks Sejarah Matang

Kompleks Sejarah Matang(dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim) yang terletak di Bukit Gantang, Matang (dulu Permatang), Perak, telah dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan adalah anak kepada Cek Long Jaffar orang Melayu pertama tahun 1840 membuka perusahaan lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama. Kompleks ini adalah merupakan sebuah bangunan yang beliau jadikan sebagai rumah, kota dan juga pusat pentadbiran Larut dan ditempatkan di kawasan seluas 0.8094 hektar. Bangunan ini dibina hanya menggunakan bahan-bahan yang terdiri daripada batu batan sahaja.
Setelah Ngah Ibrahim meninggal dunia di Singapura pada 4 Februari 1895, Kota ini diletak dibawah pengawasan pentadbiran Inggeris sehingga ianya dijadikan sebagai Maktab Perguruan Melayu Matang (1913-1922). Selepas itu dijadikan pula sebagai Sekolah Melayu (1913-1941). Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) ianya berperanan sebagai Markas Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah dan berakhirnya Perang Dunia Kedua tahun 1946, ianya dijadikan semula sebagai Sekolah Melayu (1945-1984). Kota ini dijadikan Kompleks Sejarah Matang hingga sekarang mulai tahun 1985 setelah ianya diserahkan kepada Jabatan Muzium Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Muzium dan Antikuiti).
Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim,
Matang, Taiping, 34750 Perak
Tel : +605 8477970 , +605 8472497
Faks : +608 8477757

kuJejakimu~part 2

Nak gak aq tempek gambO nie, untuk tatapan sidia, huhuuu



kuJejakimu

Cam biasa mesti, kut mana pun lalu taiping@tepeng nan permai~sempat la jelajah Muzium Perak, Hutan Paya Laut Matang & Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim, zass layan jer gambO kat bawah nie~