Tuesday, July 12, 2011

Persiapan Puasa & Raya 2011

Memperuntukkan bajet apabila mengikut kehendak akan menjurus pada masalah bajet yang tidak cukup dan jatuh pada tahap membazir. Umum mengetahui tuntutan berbuka puasa adalah ibadah dan jika kena caranya pahala yang diberi lebih berlipat ganda.

Pakar kewangan, Shamsuddin Kadir menyedari sikap boros masyarakat semasa berbelanja buka puasa. Beliau mengariskan beberapa saranan, seperti menyediakan senarai makanan semasa lepas berbuka ataupun terawih. Membeli juadah semasa dekat waktu berbuka, membawa duit yang diperuntukkan sahaja, contoh RM10. Serta membeli satu juadah bagi satu hari dan menukar menu setiap hari.

Jika kita berbelanja, pasti kewangan semasa bulan puasa dapat diperuntukkan untuk sambutan raya. Namun jangan pula bajet raya juga dibazirkan pada benda yang tidak diperlukan.

No comments: