Wednesday, February 1, 2012

Masalah adalah hadiah

Optimis memandang hidup ini sebagai persembahan terbaik. Tidak ada sesuatu yang terjadi begitu saja dan mengalir sia-sia. Pasti ada tujuan. Pasti ada maksud. Mungkin anda pernah mengalami pengalaman buruk yang tak menyenangkan, maka keburukan itu hanya kerana anda melihat dari salah satu sudut mata yg berkaitan wang saja.
Bila anda berani melihat ke sisi yang lain, anda akan menemukan pemandangan yang jauh berbeza. Anda tidak harus menjadi orang tersenyum atau menampakkan wajah yang ceria.
Optimis terletak di dalam hati, bukan hanya terpampang di muka. Jadilah optimis, kerana hidup ini terlalu rumit untuk dipandang dengan mengerutkan alis dan muka.
Setiap titis air yang keluar dari mata mengalir menuju ke laut. Meskipun melalui anak sungai, belokan, kawasan kali keruh, danau dan muara, mereka yakin perjalanan mereka bukan tanpa tujuan. Bahkan, ketika menunggu di muara, setiap titis air, suatu saat panas dan angin akan membawa mereka ke pucuk-pucuk gunung. Menjadi awan dan menurunkan hujan. Sebahagian menyuburkan rumput, sebahagian tertampung dalam sumur-sumur atau telaga. Sebahagian kembali ke laut. Adakah sesuatu yang sia-sia dari setiap titis air yang anda temui?